Mengendalikan Maklumat Peribadi Pelanggan
For visitors from EEA (European Economic Area), please click here for our privacy policy.
Terakhir Dikemas Kini: 22 Jun, 2020
Dihasilkan: 01 April 2005
Dikemas kini: 01 April 2017
THK CO., LTD.
CEO Akihiro Teramachi
Perniagaan kita dibina berdasarkan urus niaga kita dengan pihak berkepentingan: pelanggan kita dan juga pemegang saham dan pelabur kita, rakan kongsi perniagaan serta para pekerja.
Menguruskan dan melindungi maklumat peribadi dan privasi pihak berkepentingan kita adalah penting untuk memperoleh kepercayaan mereka dan membina perhubungan positif jangka panjang.
Untuk tujuan ini, kita telah menggunakan garis panduan asas berikut bagi mengendalikan maklumat peribadi dan akan menguruskan dan melindungi semua maklumat peribadi seperti yang dinyatakan di sini.
1. Kita akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan mengenai pengendalian maklumat peribadi, memastikan semua pekerja dan semua orang yang terlibat menyedari kepentingan melindungi maklumat peribadi, mewujudkan peraturan untuk memastikan cara pengendalian yang betul, menguatkuasakan peraturan tersebut tanpa pengecualian dan meningkatkan proses kita secara berterusan.
2. Kita akan mewujudkan sistem yang bersesuaian untuk melindungi maklumat peribadi, mengambil kira saiz dan jenis operasi dalam jabatan yang berlainan, dan mengendalikan pengumpulan, penggunaan, peruntukan (termasuklah peruntukan kepada subkontraktor), pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman maklumat dengan sewajarnya dan mematuhi peruntukan yang ditentukan.
3. Kita akan melaksanakan langkah keselamatan, termasuklah langkah keselamatan maklumat, untuk memastikan integriti dan keselamatan maklumat peribadi dan membuat usaha yang berterusan untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan ke, kehilangan, kerosakan, pemalsuan, kebocoran, dll. maklumat peribadi.
Tamat
Sila baca maklumat di bawah berkenaan maklumat peribadi yang kami kumpulkan ("Maklumat Peribadi"): tujuan penggunaan, butiran khusus tentang cara maklumat ini dikendalikan dan cara menghubungi kami dengan pertanyaan.
1. Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan
1-1. Cara kami menggunakan maklumat anda
Kami hanya mengumpulkan Maklumat Peribadi apabila perlu untuk memaklumkan objektif perniagaan kami atau apabila perlu untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan Maklumat Peribadi ini digunakan untuk tujuan berikut.
(1) Permohonan untuk menjalankan perniagaan dengan para pelanggan dan rakan niaga, pengesahan dalaman bagi aktiviti perniagaan dengan para pelanggan dan pihak lain yang berkaitan, menilai dan membuat keputusan tentang aktiviti perniagaan ini, membuat perjanjian, memenuhi, mengurus dan menamatkan perjanjian dan prosedur selepas penamatan kontrak
(2) Menyediakan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami atau kepunyaan syarikat kumpulan kami
(3) Semakan dan pertanyaan untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan kepada rakan niaga kami
(4) Membuat publisiti dan mengesahkan kehadiran untuk seminar kami, pameran, dsb., atau yang diadakan oleh syarikat kumpulan kami, berkomunikasi dengan penceramah, menghantar laporan kepada mereka yang menghadiri acara atau mengambil bahagian dalam tinjauan
(5) Mengesahkan lawatan dan kemasukan kami ke dalam premis kami
(6) Menghantar penerbitan kami kepada orang yang memintanya dan menghantar e-mel kepada orang yang mendaftar untuk menerima perkhidmatan e-mel kami
(7) Meminta para pelanggan mengisi tinjauan kepuasan pelanggan
(8) Memberi respons kepada pertanyaan atau permintaan daripada para pelanggan dan rakan niaga
(9) Menggunakan hak pemegang saham kami dan memenuhi kewajipan kami di bawah undang-undang syarikat, di samping melaksanakan pelbagai langkah lain untuk memastikan komunikasi berkesan dengan pemegang saham kami, mengenal pasti pemegang saham kami dengan betul dan mempromosikan sikap saling memahami termasuk melalui penciptaan data yang mengikut piawai sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan
(10) Berkomunikasi dengan para pekerja organisasi sekutu dan memberikan maklumat yang memenuhi objektif mereka
(11) Menyampaikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kami kepada ahli-ahli institusi penyelidikan, perbincangan perkara yang tertakluk pada (1) di atas dalam perjanjian pembangunan atau kontrak pembangunan bersama, kehadiran dalam mesyuarat penyelidikan dan pencalonan hadiah akademik
(12) Permohonan paten dan pengurusan permohonan paten dengan pemohon bersama
(13) Berkomunikasi dengan wartawan, penganalisis dan sebagainya untuk aktiviti perhubungan awam
(14) Menerima permohonan kerja semasa pengambilan pekerja baru, berkomunikasi dengan pemohon, memaklumkan kejayaan/kegagalan permohonan, dsb.
(15) Berkomunikasi dengan akauntan raya bertauliah, peguam, peguam paten dan sebagainya sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan aktiviti perniagaan kami
(16) Berkomunikasi dengan syarikat kumpulan untuk aktiviti perniagaan selain aktiviti yang dinyatakan di atas
(17) Notis kepada para pekerja yang telah bersara dan pihak-pihak lain
(18) Berkomunikasi dengan keluarga para pekerja kami
(19) Berkongsi maklumat untuk kontrak dan maklumat yang diperlukan untuk aktiviti perniagaan dengan para pekerja subkontraktor, pekerja kontrak, pekerja hantaran agensi, pekerja separuh masa dan pekerja sementara
(20) Pemberian maklumat daripada syarikat kami dan syarikat kumpulan kami yang sejajar dengan tujuan penggunaan yang diperihalkan di atas
Nota: Syarikat kumpulan ialah syarikat di dalam atau di luar negara Jepun yang kami pegang sebanyak 20% atau lebih secara langsung atau tak langsung daripada keseluruhan hak pemegang saham.
1-2. Memberikan subkontrak kepada pihak ketiga
Untuk memastikan pengendalian perniagaan tetap lancar, kami mungkin memberikan subkontrak bagi aktiviti tertentu kepada pihak ketiga di dalam atau luar negara Jepun dan mengamanahkan Maklumat Peribadi yang diperlukan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti ini tetapi hanya setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan. Dalam keadaan sebegini, kami memilih pihak ketiga tersebut hanya selepas mengesahkan bahawa mereka mengendalikan Maklumat Peribadi dengan betul, membuat perjanjian bagi mengendalikan Maklumat Peribadi dan memastikan bahawa mereka akan dipantau dengan sewajarnya.
1-3. Penggunaan bersama
Kadangkala kami akan menggunakan Maklumat Peribadi bersama-sama dengan syarikat kumpulan, Ejen, pengedar dan vendor kami. Dalam keadaan ini, Maklumat Peribadi yang tertakluk pada penggunaan bersama akan dihadkan kepada nama, tempat kerja, alamat rumah dan perniagaan, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel dan penggunaannya akan terhad kepada menyediakan maklumat tentang produk dan perkhidmatan bersama serta pengumuman bagi seminar dan pameran bersama dan sebagainya. Kami bertanggungjawab untuk menguruskan Maklumat Peribadi yang tertakluk pada penggunaan bersama.
Nota: Ejen dan pengedar ialah syarikat yang telah membuat perjanjian dengan kami dan yang dibenarkan untuk memperkenalkan diri mereka sebagai Ejen atau pengedar kami manakala vendor ialah syarikat selain Ejen atau pengedar yang mempunyai kebenaran secara langsung daripada kami untuk menjual produk kami.
1-4. Penggunaan untuk tujuan lain
Jika Maklumat Peribadi perlu digunakan untuk tujuan selain yang diperihalkan dalam "1-1. Cara kami menggunakan maklumat anda", individu berkenaan akan dimaklumkan atau penggunaan ini akan diumumkan kepada orang awam atau dimasukkan ke dalam format yang mudah dicapai oleh individu tersebut, melainkan jika individu berkenaan telah memberikan keizinan atau apabila dikehendaki oleh undang-undang. Perubahan kepada cara kami menggunakan Maklumat Peribadi akan hanya dibuat sehingga takat yang diakui secara munasabah sebagai mempunyai hubungan dengan tujuan sebelumnya.
1-5. Memberikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga
Kami tidak akan memberikan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga kecuali dalam keadaan berikut.
(1) Apabila telah diberikan kebenaran oleh individu berkenaan
(2) Apabila berkongsi data statistik atau data lain yang tidak mengandungi maklumat yang dapat mengenal pasti identiti seseorang
(3) Apabila memberikan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga yang bersubkontrak semasa memberikan subkontrak bagi aktiviti perniagaan tertentu kepada pihak ketiga, sehingga takat yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan hanya sebagaimana yang diperlukan untuk tujuan yang telah dinyatakan (lihat 1-2. "Memberikan subkontrak kepada pihak ketiga")
(4) Apabila menggunakan Maklumat Peribadi bersama-sama dengan syarikat kumpulan, Ejen, pengedar atau vendor, hanya sebagaimana yang diperlukan untuk tujuan yang telah dinyatakan (lihat 1-3. "Penggunaan bersama")
(5) Sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang
(6) Apabila sukar untuk mendapatkan keizinan daripada individu berkenaan tetapi pemberian maklumat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, memastikan keselamatan diri atau melindungi harta benda
(7) Apabila sukar untuk mendapatkan keizinan daripada individu berkenaan tetapi pemberian maklumat adalah penting untuk menambah baik kesihatan umum atau mempromosikan perkembangan kanak-kanak yang wajar
(8) Apabila dikehendaki untuk membantu agensi kebangsaan, badan awam serantau atau wakil mereka dalam menjalankan tugas mereka sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang dan sekiranya mendapatkan keizinan daripada individu berkenaan mungkin akan menghalang tugas-tugas tersebut
2. Prosedur bagi Pendedahan, Pindaan, Penggantungan Penggunaan, Pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi
2-1. Permintaan bagi pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi
Sila gunakan borang yang dinyatakan untuk memohon pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi (muat turun borang daripada pautan berikut dan cetak untuk menggunakannya: [Link]), isi medan yang dikehendaki, lampirkan satu keping dokumen pengenalan diri (salinan dokumen rasmi seperti lesen memandu atau pasport) orang yang berkenaan ("ID Diri") dan hantar ke alamat di bawah bersama-sama dengan bayaran pos kembalian. Menulis "Enc. request for disclosure" dengan dakwat merah pada sampul surat akan membantu kami mempercepat pemprosesan permohonan anda.
Selain itu, jika maklumat telah didaftarkan melalui laman kami oleh kakitangan sokongan teknikal atau surat berita e-mel, permintaan bagi pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi boleh dibuat sebagaimana yang dinyatakan pada laman, tertakluk pada kebolehan kami mengesahkan dengan betul bahawa pemohon ialah individu yang dimaksudkan.
Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi
Pejabat Pengurusan Risiko, THK Co., Ltd.
2-12-10 Shibaura, Minato-ku, Tokyo
108-8506, Jepun
2-2. Permintaan bagi pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi yang dibuat oleh seorang wakil
Sesiapa yang memohon pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi mestilah merupakan wakil sah di sisi undang-undang bagi individu tersebut, atau jika ditugaskan untuk memohon pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi oleh individu tersebut dan bertindak sebagai wakilnya, mesti melampirkan ID Diri dengan permohonan bersama-sama dengan dokumen lain yang disenaraikan di bawah.
(1) Jika wakil sah di sisi undang-undang (kedua-dua dokumen yang disenaraikan di bawah diperlukan.)
・Satu dokumen yang membuktikan status sebagai wakil sah di sisi undang-undang (bagi mereka yang di bawah umur, salinan keseluruhan daftar keluarga Jepun (salinan dokumen insurans kesihatan yang menunjukkan orang yang berkenaan adalah tanggungan boleh diterima jika wakil itu mempunyai kewibawaan ibu bapa), atau bagi anak jagaan dewasa, salinan dokumen yang membuktikan butiran yang didaftarkan)
・Satu dokumen yang membuktikan identiti wakil sah di sisi undang-undang (salinan dokumen rasmi seperti lesen memandu atau pasport milik wakil tersebut)
(2) Jika dilantik untuk mewakili individu berkenaan (kedua-dua dokumen yang disenaraikan di bawah diperlukan.)
・Apabila memohon pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi, satu dokumen yang membuktikan bahawa individu berkenaan telah mewakilkan permohonannya, bersetem dengan materai berdaftar (surat kuasa wakil atau yang setara)
・Satu sijil pendaftaran materai individu berkenaan
2-3. Yuran bagi permintaan pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi
Tiada caj dikenakan bagi permintaan-permintaan ini. Walau bagaimanapun, pemohon bertanggungjawab atas bayaran pos (termasuk bayaran pos kembalian).
2-4. Respons terhadap permintaan bagi pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi
Kami akan membalas melalui pos ke alamat yang diberikan oleh pemohon pada borang permohonan.
2-5. Sebab untuk tidak mendedahkan Maklumat Peribadi dalam simpanan
Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi dalam kes-kes berikut. Jika kami memutuskan untuk tidak mendedahkan maklumat, kami akan menyampaikan keputusan itu berserta sebabnya.
(1) Apabila individu berkenaan tidak dapat dikenal pasti secara positif, contohnya jika alamat pada borang permohonan atau ID Diri tidak sepadan dengan alamat yang ada pada kami
(2) Apabila kewibawaan sebagai wakil tidak dapat disahkan dalam kes permohonan daripada seorang wakil
(3) Apabila maklumat tidak mencukupi, contohnya bahagian yang tidak diisi dalam borang permohonan yang dinyatakan
(4) Apabila kami tiada Maklumat Peribadi yang diminta untuk didedahkan dan sebagainya.
(5) Apabila berbuat demikian mungkin melibatkan risiko kepada nyawa, keselamatan diri, harta benda, hak atau manfaat lain pihak yang berkenaan atau pihak ketiga
(6) Apabila berbuat demikian mungkin benar-benar menghalang pelaksanaan aktiviti perniagaan kami
(7) Apabila berbuat demikian akan melanggar undang-undang atau peraturan lain
3. Maklumat Hubungan untuk Pertanyaan Tentang Maklumat Peribadi
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang dasar perlindungan maklumat peribadi kami atau cara kami melindungi maklumat peribadi, cadangan penambahbaikan bagi kami dalam melindungi maklumat peribadi, atau jika anda ingin berbincang dengan seseorang tentang permohonan bagi pendedahan, pindaan, penggantungan penggunaan, pemadaman dan sebagainya ke atas Maklumat Peribadi, sila hubungi perkhidmatan pengendalian maklumat peribadi kami sebagaimana yang terdapat pada maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menerima permintaan secara bersemuka di pejabat kami.
Perkhidmatan Pengendalian Maklumat Peribadi
Waktu pejabat: Hari kerja 9:00 am - 5:00 pm
Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi
Pejabat Pengurusan Risiko, THK Co., Ltd.
Tel: +81 3-5730-3896 Faks: +81 3-5730-3915
4. Penggunaan Maklumat Peribadi pada Laman Kami
(1) Kuki, suar web dan alamat IP.
Pada laman kami, kuki, suar web dan alamat IP digunakan untuk tujuan yang disenaraikan di bawah. Para pengguna boleh menyahdayakan kuki dan suar web kami dengan menyahdayakan kuki dalam tetapan pelayar mereka, tetapi ini mungkin akan menghalang penggunaan sesetengah atau semua kefungsian pada halaman web.
[1] Untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebab kegagalan pelayan atau masalah pelayan yang lain
[2] Untuk menambah baik kandungan laman dan e-mel
[3] Untuk menyesuaikan kandungan laman dan e-mel untuk pengguna persendirian
[4] Bagi perkhidmatan untuk ahli sahaja apabila maklumat peribadi telah didaftarkan, sejarah pelayaran, maklum balas soal selidik dan sebagainya digunakan untuk tujuan pemasaran
[5] Untuk menggunakan maklumat tanpa nama atas tujuan statistik
(2) Google Analytics
Kami menggunakan perkhidmatan Google Analytics daripada Google, Inc. ("Google") pada sesetengah halaman di laman kami untuk memahami cara para pengunjung menggunakan laman kami. Penggunaan Google Analytics pada laman kami bermakna Google mengumpul, merekodkan dan menganalisis sejarah pelayaran para pengunjung ke laman kami berdasarkan kuki yang kami keluarkan. Kami menerima hasil analisis daripada Google dan menggunakan hasil tersebut untuk memahami cara para pengguna melawati laman kami. Data yang dikumpul, direkodkan atau dianalisis oleh Google Analytics tidak akan mengandungi maklumat yang dapat mengenal pasti identiti seseorang. Data ini juga diuruskan oleh Google mengikut dasar privasinya.
Para pengguna boleh menyahdayakan Google Analytics dalam tetapan tambahan pada pelayar untuk menghalang Google Analytics mengumpulkan data mereka. Google Analytics boleh dinyahdayakan dengan memuat turun "Google Analytics Opt-out Browser Add-on" (Perisian Tambahan Pelayar Pilih Keluar Google Analytics) daripada halaman muat turun perisian tambahan pelayar pilih keluar milik Google, memasangkan perisian tambahan dan membuat konfigurasi bagi tetapan perisian tambahan pelayar tersebut. Jika pengguna menyahdayakan Google Analytics, maka Google Analytics akan dinyahdayakan pada semua laman dan bukan pada laman kami sahaja, tetapi ciri tersebut boleh didayakan semula pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan perisian tambahan pelayar.
Sila lawati laman Google Analytics untuk penerangan Terma Perkhidmatan Google Analytics dan laman Google untuk penerangan Dasar Privasinya.
- Terma Perkhidmatan Google Analytics:
- www.google.com/analytics/terms/us.html (English)
- Dasar Privasi Google:
- policies.google.com/privacy?hl=ms
- Perisian Tambahan Pilih Keluar Google Analytics:
- tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en (English)
Nota: "Google Analytics" ialah tanda dagangan berdaftar milik Google.
(3) Lain-lain
Kami tidak mempunyai liabiliti atau tanggungjawab terhadap perlindungan Maklumat Peribadi pada laman web yang dipautkan daripada laman kami. Sila kemukakan soalan atau pertanyaan tentang pengendalian Maklumat Peribadi pada laman web lain terus kepada pemilik laman tersebut.
Jika anda mempunyai pertanyaan tentang pernyataan ini, sila hubungi kami menggunakan Borang Hubungan kami.
PILIH UNTUK TIDAK SERTAI
Jika anda tidak lagi mahu menerima bahan daripada kami atau mahukan maklumat peribadi anda dikeluarkan daripada pangkalan data THK, sila hubungi kami di laman web web@thk.co.jp. Secara alternatif, apabila anda menerima bahan daripada kami melalui e-mel atau komunikasi yang lain, anda boleh menggunakan peruntukan "pilih untuk tidak sertai" dalam komunikasi tersebut agar kami tahu bahawa anda tidak lagi mahu menerima bahan yang sedemikian daripada kami.
SEMAKAN KEPADA DASAR PRIVASI
Internet dan manfaat yang ditawarkannya amat cepat berkembang, sepertimana cara orang menggunakan Internet dan undang-undang yang berkisar dengan penggunaan tersebut. THK oleh itu mempunyai hak untuk mengemas kini dan menyemak semula Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Anda boleh menentukan sama ada Dasar Privasi ini telah disemak semula dengan merujuk kepada tarikh "Terakhir Dikemas Kini" di bahagian atas halaman ini, atau jika anda menghantar kepada kami e-mel di web@thk.co.jp.
PAUTAN KE LAMAN LAIN
Laman web ini mungkin mengandungi pautan kepada laman lain. Sila maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas amalan privasi daripada laman lain dan bahawa Dasar Privasi ini diguna pakai kepada maklumat yang kami ambil melalui laman web ini semata-mata. Kami menggalakkan anda supaya memastikan bahawa anda membaca pernyataan privasi bagi semua laman destinasi yang anda lawati.